KATA-KATA SEMANGAT


Bagi anda yang berniaga terutama yang berniaga sepenuh masa, ini adalah kata-kata semangat untuk anda. Semangat adalah amat penting agar momentum ke hadapan tetap ada. Jangan sesekali berhenti berjuang. Semoga bermanfaat!

 1. Perniagaan adalah usaha yang mulia. Memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia. Lakukan perniagaan yang apabila kita mati, pahala hasil manfaat itu terus menerus berguna untuk kita ‘di sana’.

 2. Usahawan ada hati, emosi dan perasaan. Ada masa rasa “ok”, ada masa rasa “tidak ok”. Kembalilah kepada Allah kerana ruang hati yang kosong yang jauh dari-Nya hanya akan dihuni oleh syaitan yang merosakkan. 

3. Jadikanlah Al-Quran dan as-sunnah sebagai pegangan yang utama. Tiada kata-kata yang betul selain hanya kata-kata Allah sahaja dan wahyu daripada-Nya kepada Rasulullah. 

4. Untuk menjadi magnet rezeki, ia teramat mudah. Tanpa perlu sebarang ritual dan ayat-ayat yang sukar dihafal. Jadilah usahawan yang beriman kepada-Nya, iaitu menjauhi kemungkaran, taat arahan-Nya, sering berlapang dada, ikhlas dan reda ke atas apa jua dugaan. 

5. Tiada sesiapa yang boleh menghalangmu, melainkan kemurkaan Allah dan ibu bapa terhadapmu. Jagalah hubungan dengan Allah dan ibu bapa sebaik-baiknya. Ini adalah kunci pertama dan utama untuk berjaya di dunia dan akhirat. 

6. Apabila perniagaan dilanda kejatuhan, itu adalah pelajaran paling termahal untukmu. Ia tiada di mana-mana sekolah mahupun universiti. Ambillah peluang untuk menjadi usahawan yang lebih hebat! 

7. Biarlah orang lain mengkhianati ataupun berbuat jahat kepadamu, jangan pula kamu membalas jahat kepada mereka. Biar Allah sahaja yang menyelesaikan mereka. Kamu? Teruskanlah ke hadapan. Jangan menoleh, jangan berhenti. Jangan pernah berputus asa berbuat kebaikan walaupun kepada mereka yang menyakitimu. Ia sukar, tetapi itulah bayaran untuk menjadi manusia yang hebat. 

8. Kejayaan perniagaan bukan hanya pada angka yang panjang, tetapi pada hati budi kita sebagai usahawan dan ke mana kita belanjakan hasil itu. Memberi sebahagian hasil ke jalan Allah itu lebih mulia, berbanding hanya menyimpan untuk mengenyangkan perut sendiri. 

9. Menjadi seorang usahawan berjaya dan jutawan adalah wajib, bukan harus. Jangan jadi usahawan jika hanya mahu pendapatan suam-suam kuku atau sekadar untuk memenuhi keperluan seharian. Ini hakikat yang perlu ditelan. 

10. Setkan pada minda. Percaya bahawa jika tidak mencapai hasil jutaan ringgit, anda belum benar-benar usahawan berjaya. Perniagaan adalah salah satu jalan untuk mencapai status jutawan. Selagi anda tidak menjadi jutawan melalui perniagaan, ketahuilah, anda belum benar-benar berusaha keras. 

11. Keluar daripada zon selesa dan lakukan sesuatu yang anda tidak selesa. Yang tidak selesa itu akan jadi perkara yang anda selesa selepas berkali-kali melakukannya. Semakin banyak anda melakukan sesuatu yang anda takut lakukan, semakin banyak ia akan menjadi perkara yang anda senang melakukannya. Jadilah antara kelompok yang berani! Merekalah usahawan berjaya yang sebenar. Berani! 

12. Jangan berniaga yang kecil-kecil. Boleh bermula kecil-kecilan, tetapi jangan bertahun-tahun lama sebegitu. Tingkatkan sedikit demi sedikit sehingga lahirnya sebuah empayar yang besar! 

13. Tidak perlu bercakap banyak aspek yang lain selagi hasil jualan suam-suam kuku. Gandakan jualan, besarkan hasil, kembangkan perniagaan. Perlu cepat belajar dan bertindak! Jualan adalah jantung perniagaan. Tanpa duit, perniagaan boleh kecundang. 

14. Mengapa (untuk apa) anda berniaga? Jika anda tidak dapat menjawab dalam masa 5 saat, bermaksud anda belum ada hala tuju yang jelas. 

15. Ingat! Usahawan juga manusia biasa. Penuhi keperluan semua bahagian diri iaitu emosi, rohani dan fizikal. Tanpa pengisian yang mencukupi untuk setiap aspek itu, usahawan akan cepat melatah, penat, berfikiran pendek dan mudah berputus asa. 

16. Percayalah pada kebolehan diri yang Allah kurniakan. Ada kehebatan dalam diri kamu yang Allah berikan untuk kamu gunakan bagi memberi manfaat kepada sekalian makhluk. 

17. Jadilah diri sendiri. Bina jalanmu sendiri. Tiada yang salah apa yang dirimu lakukan, selagi tidak melanggar hukum-hukum Allah. Selamat berjuang wahai usahawan!
 

“Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.”
“Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.”
“Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.”
Antara saat indah dalam kehidupan ialah setelah anda mencapai kejayaan yang sebelumnya manusia pernah berkata kepada anda “kamu tidak mampu melakukannya”
“Hati mampu keluarkan suara yang menyatakan bahawa ada seseorang sedang memandang ke arahmu dengan mata hatinya”
Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.
Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.
Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya
Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya
Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya
Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap
Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.
Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
“Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah al-Hajj:77)
“Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan” (Surah Yusuf:18)
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
Kekitaan yang erat tiada yang berat.
Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
Sesuatu yang anda inginkan sebenarnya mudah diperolehi jika anda berusaha dan berfikiran positif kerana pasti akan ada jalan untuk mencapainya. Tetapi jika anda memulakan sesuatu kerja dengan alasan maka pasti kegagalan yang menanti anda dipenghujung nanti…
Image

3 ulasan:

  1. Jom buat bisnes tnpa tapi income infinity. Compny dh 100+ tahun

    BalasPadam
  2. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740

    BalasPadam